Curi-Curi Cinta
Curi-Curi Cinta | |
---|---|
Genre | Cinta Melodrama Keluarga |
Berdasarkan daripada | Adaptasi Novel Curi-Curi Cinta karya Siti Rosmizah |
Pencipta | Siti Rosmizah Semail |
Ditulis oleh | Rehal Nuharis |
Pengarah | YM Raja Ahmad Alauddin |
Dibintangi oleh | Zahirah MacWilson Aiman Hakim Ridza Fauziah Nawi Talha Harith |
Lagu pembukaan | Terlalu Memuja - Wany Hasrita |
Lagu penutup | Syurga Di Telapak Kaki Ibu - Aishah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Muhammad Haiqal Mazelan Muhammad Haziq Mazelan Farizullah Othman |
Penerbit | Siti Rosmizah Semail Mazelan Zainol Abidin Farizullah Othman (bersama) Rehal Nuhanis (bersama) |
Tempoh siaran | Isnin - Khamis 10.00 malam |
Syarikat penerbitan | SR One Sdn Bhd Dear Creative Media Sdn Bhd (bersama) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot MegaDrama) Astro Prima (Slot DramaRia) |
Siaran asal | 29 April 2019 – 13 Jun 2019 |
Kronologi | |
Mengikuti | Patah Sayap Bertongkat Paruh |
Diikuti oleh | Setelah Terlafaznya Akad |
Curi-Curi Cinta ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2019 arahan YM Raja Ahmad Alauddin. Dibintangi oleh Zahirah MacWilson, dan Aiman Hakim Ridza. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 29 April 2019 menggantikan Patah Sayap Bertongkat Paruh. [1].
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kisah Intan Raihana (Zahirah MacWilson) dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya, Puan Asmah (Fauziah Nawi), seorang yang buta disebabkan sebuah kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan tersebut, dia pula membenci abangnya, Iskandar (Talha Harith) yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.
Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim (Aiman Hakim Ridza), Intan merancang untuk memikat Daniel apatah lagi bila mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya, Fariza (Uyaina Arshad). Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk merampas Daniel Hakim daripada Fariza. Namun begitu, hati Daniel Hakim sudahpun terkunci untuk Fariza.
Daniel akhirnya diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.
Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Aiman Hakim Ridza sebagai Daniel Hakim
- Zahirah MacWilson sebagai Intan Raihana
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Fauziah Nawi sebagai Puan Asmah
- Ku Fridah sebagai Mak Long Sapiah
- Laila Nasir sebagai Mak Long Sapiah (menggantikan Ku Fridah mulai episod 10)
- Uyaina Arshad sebagai Fariza
- Talha Harith sebagai Iskandar
- Melanie Tan sebagai Peggy
- Adam Lee sebagai Badrul
- Pablo Amirul sebagai Adli Alfian
- Farisha Irwayu sebagai Puan Sri Haida
- Khairul Bahri Khairuddin sebagai Tan Sri Hairi
- Kenji Sawahi sebagai Dato' Kelvin
- Mandy Chong sebagai Datin Suzy
- Haneesya Hanee sebagai Tina
- Izzue Islam sebagai Suratman Suparjo
- Azri Sabri sebagai Ramli
- Ayu Azlina sebagai Kak Timah Teleng
- Muhammad Aizat sebagai Mael
- Sherin Amiri sebagai Rina
- Bella Dowanna sebagai Along
- Muhamad Khalis Dean sebagai Dobok
- Nur Arissa Puteri sebagai Adik
- Zalfa Zain sebagai Fida
- Nurul Sofia Umaira sebagai Didie
- Awiesobry Hussain sebagai Ghani
- Meera James (Kak Girl) sebagai Kak Tot
- Aishah Sudin sebagai Kak Tipah
- Elly Suhaili sebagai Kak Ani
- Kavita a/p Gnanesageran sebagai Kavita
- Mieza Edora Shahri sebagai Dayana
- Ahmad Nazri sebagai Rahmat
- Syel Ramlan sebagai Puan Asmah (Muda)
- Putri Jannah Izwandy sebagai Intan (Muda)
- Ahmda Lutfi Hakim sebagai Iskandar (Muda)
- Rosinawati Mat sebagai Kak Ani (Muda)
- Muhammad Hanafi Kormin sebagai Wak Juling
- Junaidi Ishak sebagai Lelaki (2)
- Dato Paduka Azmi sebagai Dato' Majid
- Mohamad Noor Ikhram sebagai Luqman
- Airil Hafiz sebagai Ali
- Syed Irfan sebagai Rudy
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Penarafan
[sunting | sunting sumber]Curi-Curi Cinta mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memperoleh 7.5 juta jumlah tontonan sekali gus menjadikan ia drama bersiri nombor satu pada tahun 2019 menurut sumber dari Astro Awani[2] Dengan menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai satu tempoh yang kompetitif, Curi-Curi Cinta juga berjaya meletakkan ia di kedudukan tontonan tertinggi semasa musim perayaan itu. Di platform digital pula, drama ini juga berjaya mengumpul 11 juta tontonan dengan 3.2 juta pada waktu puncak.
Muzik dan Runut Bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Bisa Aja" - Faizal Tahir
- "Sedetik Lebih" - Anuar Zain
- "Terlalu Memuja" - Wany Hasrita
- "Syurga Di Telapak Kaki Ibu" - Aishah
- "Pulang" - Insomniacks
- "Tetap Kamu" - Amylea feat. Megat
- "Pudar" - Indah Ruhaila
- "Jauh" - Aziz Harun
- "Hatiku Milikmu" - Siti Nordiana
- "Demi Tuhan, Aku Ikhlas - Amarda Band feat. Ifan Seventeen
- "Tiada Dirimu" - Shila Amzah
- "Takkan Terlerai" - Syamel feat. Ernie Zakri
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Curi-curi Cinta". MyInfotaip. 29 April 2019. Dicapai pada 4 Ogos 2021.
- ^ "Drama 'Curi-Curi Cinta' pecah rekod dengan 7.5 juta tontonan". Astro Awani. 28 Jun 2019.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]Astro Ria: Slot MegaDrama, Rabu–Jumaat, 10:00 Malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Curi-Curi Cinta | Berikutnya |
Patah Sayap Bertongkat Paruh | Setelah Terlafaznya Akad |